Followers

Sunday, December 9, 2012

Saturday, December 8, 2012

Pembelajaran Berpusatkan Murid
Kanak-kanak merupakan aset negara yang perlu dipupuk dan dicema supaya menjadi warganegara yang dapat mendukung wawasan negara.Setiap kanak-kanak perlu diberi peluang untuk mendapat pendidikan diperingkat prasekolah. Kegagalan menyediakan peluang pendidikan dan memperkembangkan potensi mereka sudah pasti merugikan dan memjejaskan masa depan negara.
Pengajaran dan pembelajaran hendaklah berasaskan satu proses interaksi yang berterusan di antara murid dan guru. Proses interaksi ini boleh berpusatkan pelajar atau berpusatkan guru. Pembelajaran berpusatkan guru, guru bertanggungjawab sepenuhnya menentukan objektif pembelajaran, merangka tugasan pembelajaran dan memilih sumber pembelajaran bagi muridnya. Sebaliknya, dalam pembelajaran berpusatkan murid, pelajar adalah ‘autonomous’ dan mereka bertanggungjawab sepenuhnya menentukan hala tuju proses pembelajaran mereka. Proses dan arah pembelajaran daripada pembelajaran berpusat guru kepada berpusat murid mengambil masa. Proses tersebut akan meningkat mengikut umur dan kematangan pelajar

Strategi ke arah pembelajaran berpusatkan murid
  • Mewujudkan pengalaman pembelajaran yang dapat menarik minat pelajar serta menggalakkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
  • Memberi peluang kepada pelajar belajar secara individu, kumpulan dan kelas.
    Melibatkan pelajar dalam membentuk proses pembelajaran melalui rundingan berasaskan kekuatan dan kelemahan pelajar.
  • Memberi pelajar kebebasan membuat pilihan tentang bahan sumber dan aktiviti pembelajaran.
  • Mewujudkan prosedur pemantauan agar pelajar bertanggungjawab ke atas apa yang mereka pelajari.
  • Menentukan kriteria penilaian secara kolaboratif antara guru dan pelajar.
  • Merancang penilaian berterusan secara kolaboratif


TAKWIM PERSEKOLAHAN 2013






Wednesday, December 5, 2012


PENINGKATAN STATUS KELAYAKAN GURU PRASEKOLAH DI KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA.




             Kejayaan program pendidikan prasekolah banyak bergantung kepada penghayatan, kemahiran dan sikap guru. Peranan guru prasekolah adalah kompleks kerana dari semasa ke semasa tuntutan mengenai keperluan peranan guru prasekolah berubah dan bertambah. Peranan guru prasekolah sebagai pendidik adalah penting sebagai pembina insan yang bakal menerajui negara di masa akan datang.
Perkhidmatan keguruan telah banyak mengalami perubahan sejak zaman sebelum merdeka sehinggalah kini.Kelayakan seseorang guru dalam sistem pendidikan formal adalah selari dengan peredaran zaman. Jika diimbas kembali, kita dapat melihat perkembangan kelayakan asas akademik guru yang mengajar di sekolah di negara kita berubah dengan begitu cepat. Dalam sistem pendidikan di negara kita, selain daripada kelayakan akademik terdapat pengkhususan dalam bidang pengajaran. Guru-guru di Malaysia dilatih untuk mengajar dalam bidang-bidang tertentu di sekolah. Pengkhususan bidang ini termasuklah bidang pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah. Latar belakang akademik yang dimiliki oleh seseorang guru dapat membantu meningkatkan kecemerlangan pendidikan di Malaysia.
                  Pada peringkat awal penubuhan prasekolah ‘Annex’ di Kementerian Pelajaran pada Disember tahun 1991, sebanyak 986 kelas prasekolah berjaya dilaksanakan di beberapa buah sekolah rendah KementerianPelajaran Malaysia. Guru-guru yang mengajar di kelas prasekolah pada masa itu adalah guru-guru berkelulusan sijil perguruan asas yang mendapat latihan di Maktab-maktab perguruan. Mereka dilatih dan diberi kursus dalam perkhidmatan selama 14 minggu terlebih dahulu dalam bidang prasekolah  sebelum dibenarkan mengajar di prasekolah. Pada Disember 1993, guru-guru terlatih kumpulan pertama yang memiliki pengkhususan sijil perguruan asas yang mendapat latihan selama dua tahun setengah dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak mula mengajar di kelas-kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia.
             Pada tahun 1997, Bahagian Pendidikan Guru Kementerian Pelajaran Malaysia mula melatih guru-guru pelatih untuk mendapatkan diploma pendidikan prasekolah. Guru-guru kumpulan pertama diploma pendidikan perguruan ini mula ditempatkan di sekolah pada Julai 2000. Pada tahun 2002, guru prasekolah berijazah mula ditempatkan di prasekolah. Pada masa itu, kebanyakan guru prasekolah berijazah terdiri daripada guru yang memiliki Sijil Perguruan Asas yang melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya. Pada pandangan saya, mereka merupakan pelopor kepada pensiswazahan guru prasekolah. Dengan adanya senario ini, sebenarnya telah membuka mata banyak pihak bahawa pendidikan prasekolah merupakan pendidikan yang penting dan memerlukan guru yang berkelayakan untuk mendidik kanak-kanak di peringkat prasekolah. Sebagaimana kelas prasekolah di luar negara seperti United Kingdom, Amerika Syarikat, Itali, dan lain-lain guru prasekolah adalah terdiri daripada mereka yang mempunyai kelayakan sekurang-kurangnya ijazah pertama malahan ramai yang sudah memiliki ijazah kedoktoran.
                 Perkembangan positif ini membuktikan bahawa kerajaan memandang kepentingan pendidikan prasekolah diMalaysia. Kerajaan juga sedar kepentingan pendidikan prasekolah bagi membentuk asas jati diri dan sahsiah kanak-kanak dalam pembangunan masa depan negara. Oleh itu, menjadi dasar Kementerian Pelajaran untuk memastikan guru-guru yang mengajar kelas prasekolah terdiri daripada guru-guru yang berkelayakan, berkemahiran dan terlatih dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak atau prasekolah.
Justeru itu, Kerajaan sentiasa mempertingkatkan kelayakan pendidikan guru sehinggalah sekarang sudah ada guru prasekolah yang mempunyai kelayakan ijazah pertama dan ijazah kedua mengajar di kelas-kelas prasekolah Kementerian Pelajaran Malaysia. Meningkatnya status kelayakan guru prasekolah bermakna semakin mendalam ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru prasekolah. Pengetahuan atau kemahiran yang diperolehi oleh guru itu membolehkan seseorang guru menggunakan ilmu yang dipelajari untuk mempelbagaikan kaedah dan gaya penyampaian dalam pengajarannya. Oleh itu, murid akan memahami pengajaran yang disampaikan dengan lebih mudah. Hal ini adalah kerana dalam pendidikan prasekolah, guru hendaklah kreatif dalam mempelbagaikan pendekatan, kaedah, serta teknik pengajaran dan pembelajaran agar dapat membantu kanak-kanak memperkembangkan diri, keupayaan, bakat, dan minat kanak-kanak. 

Tuesday, December 4, 2012

Prewriting skills tips for parents and teachers


Our EarTwiggle's Pre-writing Practice workbook assumes that your child can draw simple lines with a pencil.

A short, soft pencil is easier for small children to hold. If your child is not yet accustomed to using a pencil, a crayon is a good starting tool.

Holding a pencil properly can be difficult for a child who does not yet have enough strength in his or her hands and fingers. Use these fine motor skill activities to help strenghten your child's hand and fingers.

Help your child use relaxed rather than cramped movements as he or she writes.

Demonstrate how to properly grip the pencil between the thumb and pointer finger, letting the pencil rest on the middle finger.

Teach this skill gradually so that your child retains interest and does not become overly tired. To help your child relax, have him or her shake the hands, make drawings in the air, or roll a piece of clay inside the hands.

Keep the writing lesson short — five to fifteen minutes is plenty of time for practice. Stretch the amount of pencil time by incorporating drawing and coloring.

Give a lesson daily, or at least three times a week with our fun pre-writing skill worksheets.
How to hold a pencil correctly



Put the pencil on the bending middle finger between the joint part of the thumb and forefinger.



Have your child grip the pencil with thumb and forefinger.
pencil grip







  Check the way your child is holding the pencil against the picture.



Make sure your child doesn't have a tense grip holding the pencil. Use a break to relax by shaking the hands, make drawings into the air or rolling a piece of clay inside the hands.

Is the pencil grip too tight? The three fingers should gently grip the pencil. Use a break to relax by shaking the hands, make drawings into the air or rolling a piece of clay inside the hands.

Tension indicates weak fine-motor skills. Have your child try some of these fine motor skill activities.

Regular Practice. Practice daily if possible, keeping the lessons short. Add coloring or drawing instructions to your pre-writing practice.
Tracing preschool

The Pencil Grip positions the fingers correctly on the pencil. We've found that children like these colorful soft grips, which makes learning the correct grip a bit more fun!
Preschool fine motor skills activities

The following activities support young children's fine motor development and will help to build the strength and will enable your child to make precise movements necessary to hold a pencil appropriately.

Molding and rolling play dough into balls - using the palms of the hands facing each other and with fingers curled slightly towards the palm.

Rolling play dough into tiny balls using only the finger tips.

Using toothpicks to make designs in play dough.

Tearing newspaper into strips and then crumpling them into balls.

Lacing and sewing activities such as stringing beads.

Using eye droppers to "pick up" water.

Play with Legos, miniature cars, small blocks, action figures, and other small toys.

Working puzzles

Rolling small balls out of tissue paper
, then gluing the balls onto construction paper to form pictures or designs.
Preschool cutting activities

Cutting activities will exercise the very same muscles which are needed to hold and control a pencil. By planning scissor activities of varying complexity you can help children develop and strengthen their fine motor skills.

Other Activities: Wheelbarrow walking, crab walking.

Clapping games

Connect the dots activities

Trace around stencils

Work on a chalkboard

Paint at an easel

Make crafts using scissors and gluing

Finger painting

Tying bows or tying shoes
Remember, every child will acquire the fine-motor skills needed for handwriting in a different time table. The more your child uses her fingers in activities, the sooner she will master these skills.

Wednesday, November 28, 2012

Tunjang dalam Pengajaran Prasekolah


TUNJANG PEMBELAJARAN :
Tunjang Komunikasi
Tunjang Kerohanian, Sikap dan Nilai
Tunjang Kemanusiaan
Tunjang Sains dan Teknologi
Tunjang Perkembangan Fizikal dan Estetika
Tunjang Ketrampilan Diri
Penekanan dalam Kurikulum Standard ini adalah supaya murid-murid prasekolah dapat menguasai 4M bukan lagi 3M:
Membaca
Menulis
Mengira
Menaakul

Wednesday, October 3, 2012

Lawatan Prasekolah ke Zoo Kemaman

Inilah salah seorang guru pengiring ( Cikgu Rusli )

sukanya Cikgu Linda..

Para Ibu- ibu yang sporting

Amboi Adik Amsyar sukanya bergambar..

Teruja lihat gajah..

Buaya tengah tidurlah..